KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menyasarkan layak secara merit ke Sukan Komanwel Glasgow tahun depan.
Mohamad Aniq berkata bagi merealisasikan impiannya itu, beliau perlu meraih pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Komanwel di India, Ogos ini.
“Kalau tak dapat (emas), saya kena bertanding di satu lagi kejohanan tahun depan untuk memburu tiket ke Sukan Komanwel Glasgow 2026,” katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, Aniq berkata beliau turut menyasarkan jumlah angkatan 125 kilogram (kg) dalam disiplin snatch manakala 160kg hingga 165kg untuk clean & jerk di kejohanan bulan depan.
“Saya tak letak sasaran tinggi untuk kejohanan di India kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan bahu kanan. Apa yang penting untuk saya adalah layak secara merit ke Sukan Komanwel tahun depan,” katanya.
Aniq yang juga Olimpian merupakan pemenang pingat emas angkat berat dalam kategori 55kg di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial