BELANJAWAN 2025 > BERITA

200 Pemain Dijangka Sertai Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan

13/07/2025 07:39 PM

KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) -- Seramai 200 pemain dijangka menyertai Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan ke-48 yang akan berlangsung di Kelantan Golf & Country Club (KGCC) Pengkalan Chepa di sini dari 26 hingga 28 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md Nor berkata kejohanan itu menjadi platform untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri, khususnya kepada pemain dari luar Kelantan.

“Walaupun kejohanan ini berskala kecil, ia tetap memberi impak besar dalam memperkenalkan produk pelancongan tempatan,” katanya pada sidang media di KGCC hari ini.

Beliau berkata antara hadiah yang ditawarkan termasuk sebuah kereta Perodua, sebuah e-basikal, jam tangan Garmin dan Huawei Golf serta wang tunai RM5,000.

Kamarudin turut berharap para pemain dapat menjadi "duta kecil" dalam mempromosikan pelancongan negeri kepada rakan masing-masing selepas tamat kejohanan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan