BELANJAWAN 2025 > BERITA

Trump Namakan Nick Adams Sebagai Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia – Laporan

11/07/2025 03:39 PM

ISTANBUL, 11 Julai (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis mencalonkan Nick Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Nick ialah seorang nasionalis yang luar biasa dan usahawan Berjaya. Cintanya dan pengabdiannya kepada “negara kita yang hebat” adalah satu inspirasi. Beliau juga penulis buku terlaris, penceramah dan pengulas terkenal,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Adams merupakan penyokong tegar Trump dan aktif berkempen untuknya dalam pilihan raya presiden 2024.

Jika dilantik, beliau akan menggantikan Edgard Kagan, seorang diplomat profesional yang dicalonkan untuk jawatan itu oleh Presiden Joe Biden pada Mei 2023.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan