KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR) berkuat kuasa 14 Julai, 2025.
Dalam satu notis di laman sesawangnya, AmBank berkata SBR akan dikurangkan daripada 3.0 peratus setahun kepada 2.75 peratus, manakala BLR/BFR akan disemak daripada 6.70 peratus kepada 6.45 peratus.
Katanya, BR akan disemak daripada 3.85 peratus kepada 3.60 peratus.
“Bagi tujuan illustrasi dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, kadar faedah atau keuntungan berkesan untuk pinjaman 30 tahun atau pembiayaan RM350,000 tanpa tempoh penguncian ialah 4.0 peratus setahun (SBR+1.25 peratus),” kata AmBank.
Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan bank di talian 03-2178 8888 dari 7 pagi hingga 11 malam atau emel customercare@ambankgroup.com bagi mendapatkan bantuan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial