BELANJAWAN 2025 > BERITA

Acara Raih Anugerah “Picnic In The Park” Kembali Ke Suria KLCC

05/07/2025 12:19 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Suria KLCC, destinasi ikonik pengalaman membeli-belah Malaysia, dengan bangganya menampilkan acara yang ditunggu-tunggu dan meraih anugerah "Picnic in the Park", yang kini kembali sebagai festival penuh keriangan, bertempat di Esplanade KLCC dan KLCC Park, mulai hari ini hingga 6 Julai.

Suria KLCC Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, kini dalam tahun ketiganya, acara signature pusat beli-belah itu menggabungkan kegembiraan berkelah dalam suasana luar yang meriah. 

"Edisi 2025 menjanjikan pameran yang paling mengujakan, mengetengahkan dekorasi modern rustic, 'Glam Bar' dan van kombi retro yang juga sebagai hab snek dan tempat bergambar untuk Instagram.

"Festival ini terbuka kepada pengunjung Suria KLCC yang berbelanja RM3,000 dan ke atas dalam dua resit dari 13 Jun hingga 29 Jun. Mereka akan menerima kemasukan ke piknik eksklusif untuk empat orang serta e-baucar F&B bernilai RM80,” menurut kenyataan itu.

Festival berlangsung setiap hari dari 4 petang hingga 9 malam sepanjang tempoh kempen dan tawaran  eksklusif ini terhad kepada 75 kumpulan terdiri daripada empat kumpulan sehari, yang menjanjikan suatu pengalaman tidak ternilai di Taman KLCC berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas dan Tasik Simfoni yang memukau, bermula dari waktu keemasan hingga senja. 

Lebih mengujakan, Esplanade KLCC diubah menjadi kawasan pesta terbuka yang gemilang, dihiasi juraian kanopi dan diserikan dengan kehijauan tumbuhan dalam pasu.

Selepas pendaftaran, tetamu akan menerima kad peta jalan dan bakul piknik berisi barangan keperluan untuk memulakan perjalanan mereka di Stesen 'Glam Bar' yang menyediakan aktiviti seperti lukisan muka, aksesori manik buatan tangan dan banyak lagi.

"Aktiviti lain termasuk bar minuman DIY, sudut mencicip kopi dan gerai foto dengan cetakan tanpa had," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Taman KLCC berubah menjadi taman damai dilengkapi khemah tipi, hiasan makram (macramé) dan persiapan perkelahan dalam rona warna tanah untuk tetamu beristirehat.

Pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam pelbagai bengkel dan aktiviti termasuk menghias beg jinjing (tote bag) dan membuat buih gergasi bersama keluarga sambil menikmati hidangan piknik yang lazat.

Para tetamu turut dijemput untuk menikmati minuman dan sajian daripada Imperial Chakri Palace, TGI Fridays, Sakana, All About Chew, Eight Ounce Coffee Co dan Gong Cha. Selain itu, hadiah menarik menanti daripada jenama seperti Toys "R" Us, Remax, Kiehl's, MAC dan HOKA.

Bertempat di KLCC Park Hill, hiasan utama festival ini ialah makram setinggi 10 kaki dan pentas persembahan untuk barisan artis - daripada Orkestra Filharmonik Malaysia hinggalah ke pemuzik jalanan dan kumpulan dram - menghiburkan orang ramai di bawah naungan matahari terbenam.

Acara penutup atau 'finale' pada setiap malam ialah persembahan Lake Symphony Fountain Show yang menakjubkan.

“Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di pelbagai tempat yang cantik termasuk van kombi, kerusi buaian rotan dan macramé di KLCC Park Hill - kesemuanya direka dengan teliti untuk memberikan inspirasi bagi momen-momen sesuai diabadikan di media sosial," menurut kenyataan itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd Francis Tan berkata mereka percaya dalam mencipta pengalaman lebih dari sekadar membeli-belah.

"Picnic in the Park adalah cara kami meraikan para pembeli kami dengan menawarkan mereka sesuatu yang benar-benar istimewa: suatu santuari yang direka khas dan penuh teliti di tengah-tengah bandar,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari www.suriaklcc.com.my serta www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan