BELANJAWAN 2025 > BERITA

Festival Filem SCO 2025 Membuka Tirai

04/07/2025 05:19 PM

CHONGQING, 4 Julai (Bernama-CMG) -- Festival Filem Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 membuka tirai di Daerah Yongchuan, Bandar Chongqing pada Khamis.

Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong dalam ucapannya berkata sebagai organisasi rantau yang meliputi wilayah paling luas dan penduduk paling ramai, SCO menghimpunkan pelbagai bentuk tamadun dengan interaksi budaya yang cukup meluas.

Beliau berharap aktiviti itu dapat menjadi platform perkongsian idea kreatif dalam kalangan penggiat industri perfileman dari negara-negara SCO, sekali gus mencipta model kerjasama perfileman di peringkat antarabangsa.

Difahamkan, sesi tayangan membabitkan 48 filem terbitan negara-negara SCO akan berlangsung sempena festival selama lima hari itu.

Sebanyak 10 anugerah antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Lakon Layar Terbaik akan disampaikan sempena majlis penutup pada 6 Julai.

Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Filem China dan kerajaan tempatan Bandar Chongqing.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan