BELANJAWAN 2025 > BERITA

Wang Yi Ulangi Pendirian China Dalam Krisis Ukraine

04/07/2025 05:11 PM

BERLIN, 4 Julai (Bernama- CMG) -- China konsisten dengan pendirian menyokong rundingan damai sebagai penyelesaian krisis Ukraine serta mengalu-alukan usaha semua pihak ke arah mencapai perjanjian damai yang komprehensif, berkekalan dan wajib dipatuhi.

Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi ketika sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Jerman, Johann Wadephul di Berlin pada Khamis.

Wang mengulangi pendirian China dalam krisis Ukraine iaitu mendukung usaha perdamaian menerusi rundingan, tidak membekalkan senjata maut kepada pihak terlibat dalam konflik, dan mengawal secara ketat eksport barangan dwiguna yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan dan awam termasuk dron.

China bukan sahaja menunaikan tanggungjawab antarabangsa, tetapi juga melancarkan kumpulan “Rakan Keamanan” di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama negara Selatan Global sehingga membentuk sinergi lebih kuat untuk mencapai gencatan senjata.

Beliau memetik kenyataan Presiden Xi Jinping sebagai berkata, tiada penyelesaian mudah untuk masalah yang kompleks.

Walaupun masih wujud perselisihan besar antara pihak-pihak terlibat, namun adalah lebih baik untuk berdialog berbanding berkonflik.

Wang berkata sejarah Eropah sejak ratusan tahun lalu membuktikan bahawa tidak kira betapa rumit dan sukarnya situasi, pintu keamanan dan perdamaian tidak boleh ditutup.

Beliau menyeru supaya semua pihak memainkan peranan konstruktif untuk membina kerangka keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan serta mewujudkan keamanan dan kestabilan berkekalan di Eropah seawal mungkin.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan