KUCHING, 4 Julai (Bernama) -- Enam kontinjen akan bertanding dalam Sukan Borneo 2025 pada 24 hingga 28 Sept ini di Kompleks Sukan Petra Jaya di sini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kontinjen terlibat ialah Brunei, Sarawak, Sabah, Labuan, provinsi Kalimantan Timur dan provinsi Kalimantan Barat.
Beliau berkata lapan jenis sukan akan dipertandingkan iaitu badminton, boling padang, olahraga, memanah, renang, tarik tali, menyumpit dan golf.
“Secara keseluruhan setakat ini 124 pingat emas bakal menjadi rebutan tetapi jumlah ini mungkin bertambah kerana ada permintaan untuk tambah pingat emas dalam acara menyumpit,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 5,000 orang dijangka hadir menyertai acara itu, termasuk atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pengadil, pegawai teknikal, urus setia, media, sukarelawan dan pegawai agensi berkaitan.
Sukan Borneo pertama kali diadakan pada 1995 dan kali terakhir 2013 di Labuan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial