BELANJAWAN 2025 > BERITA

Pembelian Tanah Oleh Samaiden Beri Isyarat Aspirasi Solar Jangka Panjang - MIDF

02/07/2025 01:14 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pembelian dua bidang tanah pertanian di Teluk Intan, Perak oleh Samaiden Group Bhd baru-baru ini, menekankan hasrat strategiknya untuk memanfaatkan pertumbuhan tenaga boleh baharu jangka panjang di Malaysia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Dalam nota penyelidikannya hari ini, MIDF mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Samaiden dengan harga sasaran kekal pada RM1.59.

Ia berkata cadangan pembelian bernilai RM45.5 juta untuk tanah pertanian seluas 185.57 hektar akan mengukuhkan kedudukan Samaiden sebagai penerima utama projek solar berskala utiliti masa depan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Solar Berskala Besar 5 (LSS5).

“Kami positif terhadap cadangan pembelian ini, yang menunjukkan cita-cita pihak pengurusan untuk membida bagi kuota solar berskala besar yang lebih banyak pada masa hadapan.

“Kami menjangkakan LSS5+ akan diumumkan tidak lama lagi, yang kemudiannya akan membuka jalan untuk LSS6. Selain membangunkan ladang solar sendiri, Samaiden juga boleh memajak dua bidang tanah itu kepada pemaju lain sambil bertindak sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan,” kata bank pelaburan itu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan