NEW YORK, 1 Julai (Bernama-CMG -- China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan serta menggesa Israel menghentikan segala operasi tentera di Gaza serta-merta.
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula “penyelesaian dua negara” merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melancarkan debat terbuka mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.
Fu menegaskan keperluan akses kemanusiaan disalurkan sepenuhnya kepada rakyat Gaza yang memerlukan bantuan, selain tindakan pragmatik diambil untuk menggerakkan gencatan senjata.
Isu Palestin menjadi teras isu Asia Barat, kata beliau sambil menambah bahawa masyarakat antarabangsa perlu mengukuhkan perpaduan untuk mendorong proses politik “penyelesaian dua negara”.
Cubaan mengusir secara paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka serta niat jahat untuk menakluki Gaza dan Tebing Barat mesti ditolak, kata Fu.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial