BELANJAWAN 2025 > BERITA

China, Singapura Sedia Tingkatkan Kerjasama Komprehensif

24/06/2025 03:08 PM

BEIJING, 24 Jun (Bernama-CMG) -- Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Isnin.

Li berkata China bersedia menggunakan sepenuhnya mekanisme kerjasama dua hala China-Singapura, melaksanakan rancangan kerjasama di bawah inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan memperkasakan projek kerjasama kemegahan. 

"China bersedia untuk meningkatkan skala perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Singapura, secara proaktif meluaskan kerjasama di pasaran pihak ketiga, sementara meneroka lebih banyak inisiatif kerjasama dalam sektor ekonomi digital, ekonomi hijau, kecerdasan buatan (AI), bandar pintar dan tenaga maritim.

"China dan Singapura dikehendaki memperkasakan pertukaran dalam bidang pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan media demi mengukuhkan asas rakyat bagi persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara," kata Li.

Beliau mengatakan bahawa China dan Singapura perlu mempertahankan regionalisme terbuka dan multilateralisme yang sebenar, mempromosikan kebebasan dan kemudahan perdagangan dan pelaburan demi memelihara kestabilan dan kelancaran rantaian bekalan perindustrian global.

Wong pula berkata, pihaknya ingin mengambil peluang dari ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik antara Singapura dengan China, meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan China.

"Singapura bersedia mendorong pembinaan projek kerjasama kemegahan dengan China, seperti Taman Industri Suzhou, di samping meneroka potensi kerjasama dalam sektor baharu seperti ekonomi digital, AI dan bioperubatan," kata Wong.

Beliau juga menyatakan bahawa Singapura menyokong China untuk menganggotai Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (DEPA).

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan