BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kementerian Perpaduan Negara Pelawa Penerbit Tempatan Sertai Anugerah Buku PNM

23/06/2025 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempelawa semua penerbit tempatan menyertai Anugerah Buku PNM 2025/2026, yang kini penyertaannya dibuka.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di Facebook berkata penerbit yang berminat menyertai anugerah itu boleh menghantar penyertaan mereka sebelum atau pada 30 Jun ini.

"Peluang keemasan untuk dunia penerbitan! Anugerah Buku PNM 2025/2026 kini dibuka!

"Kementerian Perpaduan Negara melalui PNM dengan sukacitanya menjemput semua penerbit tempatan menyertai Anugerah Buku PNM 2025/2026, pengiktirafan berprestij bagi karya berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pembangunan ilmu dan budaya membaca negara," katanya.

Bertemakan "Perbukuan Wadah Perpaduan Negara", anugerah itu mempertandingkan empat kategori utama, iaitu Kanak-Kanak Fiksyen, Kanak-Kanak Bukan Fiksyen, Dewasa Fiksyen, dan Dewasa Bukan Fiksyen.

"Jangan lepaskan peluang untuk mengukir nama dalam sejarah penerbitan negara. Sertai hari ini dan jadilah sebahagian daripada legasi ilmu Malaysia!," kata Aaron.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperoleh di https://shorturl.at/cD3bZ. Sebarang pertanyaan, hubungi urus setia di talian 03-2687 1942 / 1941 / 1912 / 1951 / 1944 atau e-mel anugerahbuku@pnm.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan