BELANJAWAN 2025 > BERITA

Isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma'ani Meninggal Dunia

23/06/2025 08:26 AM

KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma'ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.

Berita mengenai kematian Juma’ani disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komuniasi Awam Sarawak - UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Abdullah berkata penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini.

Juma’ani merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Abang Abdillah Izzarim, 45, dan anak perempuan Dayang Norjihan, 43.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan