BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kumpulan Pemikir Pertahanan China-ASEAN Berhimpun Di Guiyang

20/06/2025 05:19 PM

GUIYANG, 20 Jun (Bernama-CMG) -- Aktiviti Pertukaran Kumpulan Pemikir Pertahanan China-ASEAN ketiga telah diadakan di sini pada pagi semalam.

Aktiviti yang bertemakan "Majukan Keamanan Serantau, Cetuskan Fenomena Damai" ini bertujuan untuk menjana impak sosial dalam bidang pertahanan antara China dan negara-negara ASEAN, merancakkan komunikasi strategik, memupuk rasa saling percaya dalam bidang keselamatan, dan memberi cadangan bagi membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu.

Sesi pleno yang diadakan selepas majlis perasmian merumpukan kepada perbincangan tentang "Nasib Bersama: Situasi Semasa dan Visi Kerjasama Pertahanan China-ASEAN", dengan melibatkan pelbagai topik seperti saluran untuk memupuk rasa saling percaya, meneroka bidang kerjasama, melakukan inovasi terhadap mekanisme kerjasama dan menghadapi ancaman keselamatan bersama secara berkesan, dan menjangkakan prospek kerjasama masa depan.

Felo Penyelidik daripada Institut Penyelidikan Peperangan Akademi Sains Ketenteraan China, Yu Xiaopeng berkata, China dan ASEAN telah mencapai banyak hasil yang penting dalam kerjasama pertahanan buat masa kini.

Bidang kerjasama kedua-dua pihak hampir merangkumi hampir semua aspek termasuk interaksi peringkat tinggi, pendidikan dan latihan ketenteraan, lawatan kapal perang, perdagangan senjata serta kerjasama industri pertahanan.

Untuk fasa selanjutnya, masih terdapat matlamat untuk dilengkapkan terutamanya dalam memperhalusi mekanisme kerjasama.

Turut hadir, seramai 160 orang wakil termasuk pegawai dasar pertahanan dari 10 buah negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan China, pakar dan sarjana serta wakil kumpulan pemikir dalam bidang berkaitan.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan