MEXICO CITY, 1 Julai (Bernama-dpa) -- Jurulatih Ecuador, Sebastian Beccacece mengumumkan peletakan jawatannya susulan penyingkiran pasukannya daripada Piala Dunia FIFA, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Keputusan adalah yang paling penting dan hari ini saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah keluarga yang indah dan hebat," kata jurulatih kelahiran Argentina berusia 45 tahun itu selepas kekalahan 0-2 kepada Mexico, yang juga tuan rumah bersama Piala Dunia, dalam pusingan kalah mati pada Selasa malam.
Beccacece berkata beliau berasa "amat bersyukur, tenang dan damai" kerana pasukannya telah memberikan segala-galanya.
Menentang Mexico, Ecuador jelas tidak mampu menandingi lawan, terutamanya pada babak pertama perlawanan apabila sudah ketinggalan 0-2 selepas perlawanan berlangsung lebih setengah jam.
Ecuador mara ke pusingan 32 hasil kemenangan 2-1 ke atas Jerman dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka.
"Segala-galanya adalah untuk mencapai sasaran yang kami tetapkan. Namun, itulah lumrah bola sepak," kata Beccacece yang mengambil alih jawatan itu pada Ogos 2024.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial