Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Harap Buku Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa Jadi Rujukan

01/07/2026 08:26 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap buku “Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa” yang menghimpunkan idea, pandangan dan pengalaman hidup beliau dapat menjadi sumber rujukan generasi akan datang, khususnya dalam aspek pembangunan bangsa dan pembentukan nilai diri.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau berkesempatan meneliti serta memberikan pandangan terhadap manuskrip penulisan buku yang dihasilkan oleh pensyarah dan pakar linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya  Profesor Dr Salinah Ja’afar.

Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap penglibatan Tokoh Akademik Negara dan Tokoh Bahasa Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim, sebagai pakar rujuk dalam  penyediaan serta pengolahan kandungan buku berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

Perdana Menteri berkata beliau turut ditemu bual secara ekslusif oleh kedua-dua tokoh itu, bagi merangkumi keseluruhan kandungan buku tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas usaha daripada penulis yang ingin merakam serta menggarap idea, pandangan dan sudut fikir saya dalam pengalaman hidup dan pembacaan yang akan diulas secara terperinci di dalam buku ini.

“Harapan saya, naskhah ini kelak akan dijadikan sumber rujukan buat generasi yang mendatang, khususnya dalam aspek pembangunan bangsa dan nilai diri untuk manfaat bersama,” kata Anwar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan