TIANJIN, 29 Mei (Bernama-CMG) -- Ekspo Kecerdasan Dunia (WIE) 2026 yang membuka tirai di Tianjin, utara China pada Khamis bakal menyaksikan pelancaran lebih 200 piawaian, produk dan teknologi baharu.
Sesi pelancaran teknologi canggih turut diadakan sempena ekspo kali ini bagi mempamerkan pencapaian terkini dalam industri pintar.
Hampir 100 hasil teknologi melibatkan pembangunan bandar pintar, kehidupan pintar dan pelbagai bidang lain akan dipamerkan pada acara berkenaan.
Menurut statistik, skala industri kecerdasan buatan (AI) China melebihi 1.2 trilion yuan (RM700 bilion) pada 2025, melibatkan lebih 6,200 syarikat.
Pada masa ini, teknologi AI sedang berintegrasi secara mendalam dengan pelbagai sektor di China.
Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Universiti Nankai (NKU), Liu Gang menyifatkan WIE sebagai platform bagi mempamerkan teknologi termaju serta penyelesaian teknologi yang praktikal.
Beliau berkata lebih banyak syarikat dijangka menerima pakai teknologi baharu yang diperkenalkan menerusi pameran berprestij itu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial