Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Ucap Tahniah Kepada TH Atas Kejayaan Rangkul Anugerah Labbaitom

30/05/2026 02:13 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan meraih Anugerah Labbaitom daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi buat kali kelima berturut-turut.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata kejayaan itu mengiktiraf kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen, profesionalisme dan dedikasi seluruh warga TH serta petugas haji yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengurus jemaah haji Malaysia,” kata beliau.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Amal by Malaysia Airlines yang menerima anugerah “Misk Al-Khitam” sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan syarikat itu dalam menguruskan prosedur ketibaan jemaah haji bagi musim 1447 Hijrah.

“Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan serta kecekapan institusi dan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama negara dalam melayani para tetamu Allah SWT,” katanya.

Anugerah Labbaitom merupakan pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pengurus jemaah haji dari seluruh dunia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan haji oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan