DUNIA > BERITA

Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan APEC 2026 Diadakan Di Guangzhou

10/02/2026 02:24 PM

GUANGZHOU, 10 Feb (Bernama-CMG) -- Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2026 (APEC 2026) membuka tirainya di sini pada Selasa.

Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada tema "Membina Komuniti Asia-Pasifik dan Meningkatkan Kemakmuran Bersama" dengan memfokuskan tiga bidang keutamaan, iaitu "keterbukaan, inovasi dan kerjasama".

Selain itu, kerjasama di bawah pelbagai mekanisme dan sektor akan dilancarkan secara menyeluruh manakala perincian berkenaan akan dibincangkan secara mendalam sebagai persediaan awal menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada November 2026.

Tahun ini menyaksikan China menjadi tuan rumah APEC untuk kali ketiga.

Mesyuarat Pegawai Kanan merupakan platform utama untuk menggalakkan kerjasama dalam APEC dan membuat persiapan untuk persidangan di peringkat pemimpin negara.

Setakat ini, kerja persiapan bagi persidangan APEC 2026 dilaporkan berjalan lancar dan dilaksanakan secara menyeluruh.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan