DUNIA > BERITA

Kes Influenza Meningkat Semula Di Jepun Selepas Turun Pada Disember

06/02/2026 11:35 PM

TOKYO, 6 Feb (Bernama-Kyodo) -- Jumlah kes influenza di Jepun kembali meningkat selepas turun di bawah paras amaran pada Disember, menurut data Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan, lapor Agensi Berita Kyodo pada Jumaat. Kes mencatat peningkatan selama empat minggu berturut-turut akibat penyebaran satu strain baharu.

Menurut kementerian, sebanyak 114,291 kes dilaporkan di seluruh negara daripada kira-kira 3,000 institusi perubatan yang ditetapkan sepanjang minggu sehingga 1 Feb, bersamaan 30.03 pesakit setiap fasiliti, 1.8 kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

Ini adalah kali pertama dalam 10 musim influenza, purata pesakit untuk sebuah fasiliti jatuh di bawah paras amaran 30, kemudian meningkat semula dalam musim yang sama.

Jumlah kes yang meningkat dipercayai berpunca daripada penyebaran virus influenza B sejak akhir tahun lalu, berbeza dengan wabak sebelumnya yang didorong oleh subclade K, strain mutan baru virus H3N2 influenza A.

Kes influenza meningkat di kesemua 47 wilayah Jepun sepanjang minggu dari 26 Jan hingga 1 Feb, dengan purata pesakit tertinggi dilaporkan di wilayah barat daya Oita (52.48) dan Kagoshima (49.60) bagi setiap institusi perubatan.

-- BERNAMA-Kyodo


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan