DUNIA > BERITA

Myanmar Beri Pengampunan Kepada Lebih 6,100 Banduan

05/01/2026 04:39 PM

BANGKOK, 4 Jan (Bernama-dpa) -- Kerajaan tentera Myanmar pada Ahad memberi pengampunan kepada 6,134 banduan sempena Hari Kemerdekaan ke-78 negara itu serta bagi mengekalkan hubungan mesra dengan negara lain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut satu kenyataan, pengampunan itu turut melibatkan 52 warga asing, namun kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.

Bagaimanapun, pengampunan berkenaan tidak membabitkan Aung San Suu Kyi, yang digulingkan tentera pada 2021 dan dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 27 tahun melalui beberapa siri perbicaraan.

Laporan awal menyatakan beberapa banduan berprofil tinggi, termasuk dalam kalangan mereka yang dibebaskan, antaranya bekas Menteri Penerangan Ye Htut yang dipenjarakan selama 10 tahun pada 2023 selepas didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu dan menghasut pemberontakan.

Setakat ini, tidak jelas jumlah banduan politik yang terlibat dalam pengampunan itu.

Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik, lebih 30,216 orang telah ditahan sejak rampasan kuasa kuasa itu, dengan kira-kira 22,682 masih berada dalam tahanan. Sekurang-kurangnya 7,640 orang dilaporkan maut dalam tindakan keras oleh kerajaan tentera.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan