AM > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Menurun, 10 Pusat Pemindahan Sementara Masih Aktif 

13/01/2026 08:46 AM

KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan penurunan sedikit setakat 8 pagi ini, dengan 1,773 mangsa daripada 560 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,822 mangsa daripada 587 keluarga petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 10 PPS masih aktif setakat ini, melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

“Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga; Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga).

Ad Banner

“Selain itu, PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 164 mangsa daripada 53 keluarga,” menurut makluman itu.

Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Dis tahun lepas, apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan