DUNIA > BERITA

Pelan Hala Tuju Untuk Keterangkuman Korea Selatan Dalam Indeks Global Msci Diumum Awal Tahun Depan

30/12/2025 08:28 PM

SEOUL, 30 Dis (Bernama-Yonhap) -- Kerajaan akan mengumumkan pelan hala tuju komprehensif pada awal tahun depan bagi memastikan keterangkuman Korea Selatan ke dalam indeks pasaran negara maju oleh penyedia indeks global Morgan Stanley Capital International (MSCI), menurut seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Naib Menteri Kewangan Pertama Lee Hyoung-il menyatakan demikian ketika mempengerusikan mesyuarat pasukan petugas antara agensi kerajaan yang memberi tumpuan kepada usaha penyertaan itu, serta rancangan untuk menambah baik akses pelabur asing ke pasaran ekuiti dan mata wang negara itu.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri pegawai daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan, Bank of Korea, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan serta Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan.

Kerajaan berusaha meningkatkan pelaburan asing melalui langkah seperti keterangkuman ke dalam indeks pasaran maju MSCI sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk merancakkan pasaran saham dan merealisasikan apa yang digelar sebagai “era KOSPI 5,000”, merujuk kepada Indeks Kospi Korea Selatan.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan