BEIJING, 26 Dis (Bernama-CMG) -- China berjaya memperluas keseluruhan jarak operasi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) kepada lebih 50,000 kilometer (km) susulan pelancaran satu lagi laluan baharu pada Jumaat.
Kereta api peluru Fuxing berlepas dari Yan’an menuju ke Xi’an di Wilayah Shaanxi pada 10 pagi Jumaat, sekali gus menandakan bermulanya perkhidmatan HSR di laluan baharu berkenaan.
Direka pada kelajuan sehingga 350 km sejam, perkhidmatan HSR itu membolehkan perjalanan antara Xi’an dan Yan’an disingkatkan kepada kira-kira satu jam.
Perkhidmatan HSR di China mula diperkenalkan pada 2008 dengan pembukaan laluan antara Beijing dan Tianjin, yang menjadi titik permulaan kepada pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi negara itu.
Sejak itu, jaringan HSR China berkembang pesat dan kini memiliki jarak operasi terpanjang di dunia, melebihi jumlah keseluruhan rangkaian HSR negara-negara lain.
Menurut China State Railway Group Co., Ltd., perkhidmatan HSR kini boleh diakses di 97 peratus bandar di China yang mempunyai populasi melebihi 500,000 orang.
Selain itu, China juga mengendalikan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi komersial terpantas di dunia.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial