DUNIA > BERITA

Bina Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Dengan Standard Tinggi – Xi Jinping

07/11/2025 04:10 PM

SANYA, 7 Nov (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menekankan bahawa pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan harus diperkasakan mengikut standard yang tinggi.

Pembinaan FTP Hainan antara langkah penting negara ini dalam memperkasakan pembaharuan dan keterbukaan.

Xi membuat kenyataan itu ketika mendengar laporan kerja tentang pembinaan FTP Hainan di sini, pada Khamis.

FTP Hainan akan secara rasmi melancarkan operasi kastam khas di seluruh pulau berkenaan pada 18 Disember nanti, dan ia dianggap langkah signifikan China untuk memperkasakan keterbukaan bertaraf tinggi dan mendorong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.

Oleh itu, Xi mengingatkan pihak-pihak berkaitan supaya membuat persiapan rapi bagi  memastikan pengoperasian Pelabuhan itu dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Xi berkata matlamat strategik pembinaan FTP Hainan adalah menjadikan pulau di selatan China itu sebagai pintu yang memacu keterbukaan negara pada era baharu.

Beliau menekankan bahawa pembinaan FTP Hainan dengan standard tinggi bukan sahaja akan mendorong pembangunan bermutu tinggi di provinsi Hainan, sekali gus akan memacu pembentukan paradigma pembangunan baharu di seluruh negara.

Hainan harus memberi tumpuan kepada kedudukan strategiknya sebagai zon rintis untuk memperdalam pembaharuan dan keterbukaan komprehensif, zon rintis pemuliharaan ekologi, pusat pelancongan dan penggunaan antarabangsa, serta zon perkhidmatan untuk strategi kebangsaan utama, meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial secara komprehensif di provinsi itu, kata Xi.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan