LONDON, 7 Nov (Bernama-Anadolu) -- Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis berkata lebih 16,500 orang di Gaza memerlukan rawatan perubatan segera, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam hantaran di platform media sosial X, Ghebreyesus berkongsi maklumat mengenai pemindahan pesakit yang dijalankan dari Gaza.
Beliau memaklumkan bahawa WHO telah memindahkan 19 pesakit tenat dan 93 orang pengiring dari Gaza ke Itali untuk menerima rawatan perubatan, sambil menyatakan penghargaan kepada kerajaan Itali atas solidariti dan sokongan mereka.
“Kami menggesa lebih banyak negara menerima pesakit dari Gaza memandangkan lebih 16,500 orang masih memerlukan rawatan perubatan segera yang tidak tersedia di Semenanjung itu,” katanya.
Beliau turut menggesa semua laluan pemindahan, khususnya dari Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, dibuka bagi memudahkan pemindahan pesakit yang memerlukan bantuan.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial