DUNIA > BERITA

CIIE Ke-8 Dirasmikan Hari Ini

05/11/2025 05:31 PM

SHANGHAI, 5 Nov (Bernama-CMG) -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelapan akan dirasmikan di sini, pada Rabu.

CIIE edisi ini akan menawarkan ruang pameran berskala ultra besar iaitu seluas lebih 430,000 meter persegi, sekali gus mencipta rekod baharu.

Dalam pada itu, sebanyak 4,108 perusahaan dari 155 buah negara akan menyertai pameran ini.

Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nigeria, Georgia, Sweden dan Colombia menjadi negara tetamu kehormat.

CIIE kali ini terus mendirikan enam zon pameran utama iaitu peralatan perubatan dan penjagaan kesihatan, kenderaan dan pengangkutan pintar, peralatan teknologi, barangan pengguna, produk pertanian dan makanan, serta perdagangan perkhidmatan.

Selain itu, zon inkubasi inovasi turut dibina untuk mempamerkan produk dan teknologi berkaitan. 

China kini menjadi pasaran pengguna dan import kedua terbesar di dunia.

Data terbaharu menunjukkan bahawa dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah import China mencatat 13.66 trilion yuan (RM8.04 trilion), iaitu import harian secara purata sebanyak 50 bilion yuan.

–BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan