DUNIA > BERITA

Bina Rantau Asia Pasifik Yang Terbuka, Dinamik, Berdaya Tahan Dan Damai - Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC Pedrosa

03/11/2025 02:16 PM

BEIJING, 3 Nov (Bernama-CMG) -- Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC Eduardo Pedrosa berkata APEC berhasrat membina rantau Asia Pasifik sebagai kawasan yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan damai.

Beliau berkata pada masa ini perdagangan di rantau berkenaan amat rancak, dengan peratusan perdagangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi di kebanyakan entiti ekonomi serantau.

“Ini bermakna integrasi ekonomi serantau semakin diperkasakan dan pihak kami secara proaktif mendorong pembangunan itu melalui pelbagai pendekatan,” katanya dalam temu bual bersama CGTN sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 yang diadakan di Korea Selatan baru-baru ini.

Pedrosa berkata, corak perdagangan kini semakin pelbagai, selaras dengan pertumbuhan pesat tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik (EV).

Beliau turut menilai secara positif prestasi cemerlang kenderaan elektrik keluaran China.

“Saya tinggal di Singapura dan dapat melihat semakin banyak EV buatan China berada di jalan raya negara itu.

“Namun pada masa sama, perdagangan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memiliki kenderaan yang mereka gemari. Itulah keindahan pasaran terbuka,” katanya.

Pedrosa turut memuji sumbangan China dalam memacu pembangunan APEC serta memberikan penilaian tinggi terhadap inisiatif Presiden China, Xi Jinping berhubung globalisasi ekonomi dan peluasan keterbukaan.

“Inisiatif oleh Presiden Xi amat signifikan untuk masa depan, keterbukaan dan integrasi rantau Asia Pasifik, sekali gus amat penting bagi ekonomi terbuka di peringkat global,” kata Pedrosa. 

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan