DUNIA > BERITA

Emirates Larang Penumpang Guna Bank Kuasa Dalam Pesawat Bermula 1 Okt

01/10/2025 05:54 PM

MOSCOW, 1 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates akan melarang penggunaan semua bank kuasa dalam pesawatnya berkuat kuasa 1 Okt 2025, menurut Pejabat Media Dubai, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Semua pesawat Emirates menyediakan kemudahan pengecasan di tempat duduk, namun pelanggan disaran mengecas sepenuhnya peranti mereka sebelum penerbangan, khususnya bagi perjalanan jarak jauh,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Bagaimanapun, penumpang masih dibenarkan membawa satu bank kuasa ke dalam pesawat tetapi tidak boleh digunakan untuk mengecas peranti.

Selain itu, bank kuasa juga kini dilarang disimpan di ruang simpanan atas.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan