BERLIN, 1 Okt (Bernama-dpa) -- Kumpulan Volkswagen (VW) memecat lebih 500 pekerja sepanjang tahun ini atas kesalahan tatatertib, menurut pengeluar kereta Jerman itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jurucakap VW berkata sebab pemecatan termasuk ketidakhadiran tanpa alasan dan pelanggaran peraturan, sekali gus mengesahkan laporan akhbar harian Jerman, Bild.
Berdasarkan penerbitan dalaman, akhbar tabloid itu melaporkan bahawa sebanyak 548 pekerja di seluruh dunia telah dipecat dalam separuh pertama tahun ini kerana melanggar peraturan.
VW memperkenalkan statistik dalaman mengenai amaran dan pemecatan sebagai sebahagian daripada langkah susulan selepas skandal mengenai pelepasan diesel yang tercetus pada 2015.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial