DUNIA > BERITA

Angka Korban Taufan Bualoi Di Vietnam Meningkat Kepada 11

29/09/2025 04:39 PM

HANOI, 29 Sept (Bernama-Xinhua) -- Angka korban akibat Taufan Bualoi di Vietnam meningkat kepada 11 orang, dengan 13 lagi masih hilang manakala 33 yang lain cedera, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan Nhan Dan pada Isnin.

Taufan itu turut merosakkan beberapa infrastruktur awam, rumah dan kapal nelayan, selain menyebabkan gangguan bekalan elektrik di utara dan tengah Vietnam, menurut laporan itu.

Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Isnin menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa, sambil menggesa pihak berkuasa segera menangani akibat ribut dan banjir yang berlaku.

-- BERNAMA-Xinhua


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan