DUNIA > BERITA

Vietnam Antara Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia AFC B-17 2026

29/07/2025 05:41 PM

HANOI, 29 Julai (Bernama-VNA) -- Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan negara tuan rumah bagi Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 17 tahun (B-17) 2026, dengan Vietnam menjadi satu daripada tujuh tuan rumah, bersama Bhutan, China, India, Jordan, Kyrgyzstan dan Myanmar, menurut Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), pusingan kelayakan itu dijadual berlangsung dari 22 hingga 30 Nov, dengan penyertaan 38 pasukan.

Pasukan itu akan dibahagikan kepada tujuh kumpulan, merangkumi tiga kumpulan dengan enam pasukan dan empat kumpulan dengan lima pasukan.  Juara setiap kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan akhir.

Vietnam telah diletakkan dalam Balang 1 bagi pusingan kelayakan itu bersama-sama Australia, Yaman, Iran, Oman, Thailand dan China.

Majlis undian peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos di ibu pejabat AFC di Malaysia.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan