DUNIA > BERITA

Prinsip ‘Sama Menang’ Teras Kerjasama Inisiatif Jalur Dan Laluan – Menteri Turkiye

02/07/2025 03:24 PM

ISTANBUL, 2 Julai (Bernama-CMG) -- Konsep 'sama menang' merupakan teras utama dalam kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kata Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu.

Uraloglu membuat kenyataan itu dalam temu bual eksklusif bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) sempena penyertaannya dalam Forum Kesalinghubungan Pengangkutan Global di sini baru-baru ini.

Uraloglu berkata kerjasama antara Turkiye dan China di bawah rangka BRI telah membuahkan hasil yang ketara.

Beliau percaya bahawa negara-negara terlibat dalam BRI akan terus bersinergi dengan China untuk memperluas ikatan kerjasama menerusi inisiatif berkenaan.

Forum tersebut turut menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian baharu antara Turkiye dan China, merangkumi projek pembinaan infrastruktur, perkhidmatan logistik rentas sempadan dan lain-lain bentuk kerjasama strategik.

Uraloglu berkata, China menunjukkan potensi besar dalam perdagangan global dan menegaskan bahawa kerjasama erat dengan Beijing adalah keutamaan Turkiye.

Pemeteraian perjanjian baharu itu mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkasa pelaksanaan BRI secara menyeluruh, katanya.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan