DUNIA > BERITA

Arab Saudi Sedia Terima Jemaah Umrah Bagi Musim 1447h

25/06/2025 05:35 PM

RIYADH, 25 Jun (Bernama-SPA) -- Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi telah melengkapkan persiapan di semua pintu masuk antarabangsa untuk menerima jemaah umrah yang tiba bagi musim umrah 1447 Hijrah, bagi memastikan kelancaran proses daripada ketibaan hingga berlepas.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), jabatan itu mengesahkan bahawa semua balai imigresen di pintu masuk udara, darat dan laut telah diperkukuh dengan petugas berkelayakan serta peralatan teknikal moden.

Jabatan itu turut menggesa jemaah umrah agar mematuhi peraturan dan arahan sepanjang berada di negara itu, dari saat ketibaan sehingga berlepas.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan