DUNIA > BERITA

Trump Umum Gencatan Senjata Antara Israel Dan Iran Kini Bermula

24/06/2025 03:40 PM

ANKARA, 24 Jun (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada awal Selasa mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Iran dan Israel kini berkuat kuasa, sambil menggesa kedua-dua pihak supaya mematuhi perjanjian itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“GENCATAN SENJATA KINI BERKUAT KUASA. TOLONG JANGAN INGKARINYA!” kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Pada Isnin, Trump menyatakan bahawa Israel dan Iran bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata “sepenuhnya dan menyeluruh” susulan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Gencatan senjata itu diumumkan selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin, menandakan peningkatan ketara selepas serangan udara AS ke atas tiga kemudahan nuklear Iran sehari sebelumnya.

Komando Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan bahawa pasukan tentera AS, dengan kerjasama pihak berkuasa Qatar berjaya mempertahankan serangan itu dan mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kematian dalam kalangan anggota AS mahupun Qatar.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan