DUNIA > BERITA

Lembaga Gabernor IAEA Bersidang Isnin Bincang Serangan Israel Terhadap Kemudahan Nuklear Iran

15/06/2025 05:36 PM

VIENNA, 15 Jun (Bernama-QNA) -- Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor pada Isnin di ibu pejabatnya bagi membincangkan kesan serangan tentera Israel terhadap kemudahan nuklear Iran, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, IAEA memaklumkan bahawa mesyuarat itu diadakan atas permintaan Misi Tetap Persekutuan Rusia. 

Dalam serangan awal pagi Jumaat, tentera Israel menyerang Iran dengan menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu, menyebabkan lebih 104 orang terkorban termasuk komander tentera kanan dan saints, serta mencederakan hampir 380 yang lain.

-- BERNAMA-QNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan