BEIJING, 29 Mei (Bernama-CMG) -- China melancarkan prob angkasa Tianwen-2 dalam misi sulungnya bagi meneroka dan mengumpul sampel dari asteroid, sekali gus mencatat satu lagi pencapaian penting dalam program eksplorasi angkasa negara itu.
Roket pembawa Long March-3B Y110 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah Sichuan pada 1.31 pagi waktu Beijing, dan kira-kira 18 minit kemudian, prob Tianwen-2 berjaya mencapai orbit pemindahan Bumi-asteroid 2016HO3, menurut Jabatan Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA).
Pelancaran itu menandakan permulaan kepada misi eksplorasi dan perolehan sampel asteroid pertama China, serta menjadi langkah awal daripada keseluruhan 13 fasa penerbangan bagi misi Tianwen-2 yang dirancang dalam tempoh sedekad akan datang.
Menurut CNSA, sampel berkenaan akan diperoleh dari asteroid dekat-bumi 2016H03 sebelum dihantar balik ke bumi.
Selepas itu, prob berkenaan akan meneruskan misinya untuk menjelajah komet jalur utama 311P, yang berada di lokasi lebih jauh dari planet Marikh.
Pelancaran kali ini juga merupakan penerbangan ke-578 bagi siri roket pembawa Long March.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial