SEOUL, 27 Mei (Bernama-Yonhap) -- Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo dan bekas Timbalan Perdana Menteri Choi Sang Mok telah dihalang keluar negara susulan siasatan berterusan berhubung dakwaan cubaan pemberontakan melibatkan bekas Presiden Yoon Suk Yeol.
Larangan keluar negara itu dilaporkan dikeluarkan pada pertengahan Mei, menurut agensi berita Yonhap memetik polis pada Selasa.
Han dan Choi dinamakan sebagai suspek berkaitan cubaan Yoon yang gagal untuk mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember tahun lepas.
Polis berkata kedua-duanya dipanggil pada Isnin, bersama bekas Menteri Dalam Negeri Lee Sang Min untuk disoal siasat yang berlangsung sekitar 10 jam.
Lee telah dikenakan larangan perjalanan lebih awal pada Disember lepas.
Siasatan memberi tumpuan kepada sama ada bekas pegawai terbabit telah membuat kenyataan palsu mengenai bagaimana dokumen berkaitan undang-undang tentera diterima semasa mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 3 Disember malam.
Polis turut melengkapkan analisis rakaman kamera litar tertutup dari bilik mesyuarat dan laluan di pejabat presiden sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial