DUNIA > BERITA

PESAWAT PATAH BALIK KERANA BAU PELIK

10/05/2024 04:17 PM

MOSCOW, 10 Mei (Bernama-Sputnik) -- Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat bau pelik di dek penerbangan, menurut media negara itu, lapor Sputnik.

Seorang jurucakap Lufthansa yang dipetik akhbar harian Jerman, Bild berkata tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana bau yang tidak dapat dikenalpasti di dalam kokpit.

Beliau berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di Frankfurt dan semua 320 penumpang serta 19 kru selamat.

“Pesawat itu kini sedang diperiksa oleh juruteknik dan punca bau itu masih belum dikenalpasti ,” katanya.

Ini merupakan insiden keempat melibatkan pesawat Boeing dalam tempoh dua hari.

Terdahulu pada Khamis, pihak berkuasa Turkiye memaklumkan bahawa 190 penumpang telah dipindahkan dari pesawat Boeing-738 yang menuju ke Gazipasa, Turkiye dari Cologne, Jerman selepas mendarat cemas apabila tayar pesawat itu pecah.

Pihak berkuasa memaklumkan tiada individu yang cedera dalam insiden tersebut.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan