DUNIA > BERITA

PESAWAT KARGO MENDARAT CEMAS DI LAPANGAN TERBANG ISTANBUL

08/05/2024 05:47 PM

ISTANBUL, 8 Mei (Bernama-dpa) -- Sebuah pesawat kargo Boeing 763 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye pada Rabu susulan masalah pada gear pendaratannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut stesen penyiar TRT, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat (AS), FedEx.

Pesawat yang berlepas dari Paris itu bagaimanapun mengalami masalah teknikal pada gear pendaratan semasa menghampiri Istanbul.

Kementerian Pengangkutan berkata menara kawalan kemudiannya dimaklumkan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil sebelum pesawat itu mendarat pada 8.17 pagi waktu tempatan.

-- BERNAMA-dpa


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan