BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

01/06/2022 09:09 AM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Seramai 1,176,530 atau 33.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,727,791 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,167 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,010,754 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,098,582 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,695 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,418 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,302 dos harian diberikan semalam meliputi 7,404 dos pertama, 3,810 dos kedua dan 2,088 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,939,755.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan tujuh kematian akibat COVID-19  semalam dengan dua kes di Kedah dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan