BERITA COVID–19   Penularan COVID-19 negara terus catat trend penurunan - KP Kesihatan | COVID: Jumlah kes baharu di Sarawak bawah 1,000 untuk tiga hari berturut-turut | PKPD di Pos Betau, Pahang mulai rabu ini - MKN | Kerajaan wajar tambah jumlah bantuan khas COVID - senator | COVID: 5,434 kes hari ini, kes harian kekal trend penurunan - KP Kesihatan | 
COVID-19

Kadar penggunaan katil hospital antara faktor Kedah, Johor tidak dapat beralih Fasa PPN

20/09/2021 11:57 PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Kadar penggunaan katil hospital termasuk di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang masih tinggi, adalah antara faktor Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada pada tahap yang baik.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata sehubungan itu penduduk di negeri berkenaan perlu menyedari kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan mematuhi semua protokol keselamatan ditetapkan.

“Kalau hanya cakap kenapa tidak beralih fasa sedangkan kita hidup dalam disiplin yang tidak dikehendaki, tentulah tidak capai keadaan (peralihan fasa) ini. Jadi masa depan peralihan fasa bergantung kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Naratif bertajuk Keselamatan Menyeluruh yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Beliau yakin penduduk di kedua-dua negeri itu juga sudah pasti menginginkan peralihan fasa bagi membolehkan mereka menikmati kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Buat masa ini negeri-negeri yang diletakkan di bawah Fasa Satu PPN ialah Kedah dan Johor, Fasa Dua (Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Sabah), Fasa Tiga (Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak) dan Fasa Empat ialah Labuan.  

Sementara itu Rodzi berkata sistem pertahanan dan keselamatan siber negara adalah setaraf dengan negara maju dan turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Di peringkat Asean, kita saling bertukar pandangan dan pengalaman malah input pengalaman Malaysia dirujuk negara lain seperti Singapura dalam menguruskan ancaman siber di negara mereka,” katanya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan