COVID-19

Perkhidmatan klinik pakar Hospital Sibu ditangguh mulai esok - Pengarah

11/01/2021 09:57 PM

SIBU, 11 Jan -- Perkhidmatan Klinik Pakar Hospital Sibu akan ditangguhkan mulai esok,  berikutan keperluan petugas-petugas di klinik tersebut untuk menjaga pesakit di wad COVID-19.

Pengarah hospital itu Dr T. Nanthakumar dalam kenyataan hari ini berkata sehubungan itu, semua pesakit yang mempunyai janji temu dengan klinik pakar itu, untuk membuat janji temu semula.

“Pihak hospital memohon maaf di atas kesulitan yang disebabkan oleh penangguhan kes-kes elektif dan temu janji klinik pakar,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah keseluruhan petugas dari klinik tersebut yang diserapkan ke wad, untuk tujuan tersebut.

Nanthakumar memohon agar masyarakat di Sibu bersabar dan bekerjasama dengan pihak hospital,  dalam membendung penularan COVID-19.

Untuk membuat janji temu semula, orang ramai boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 084-343333 sambungan 1173 atau 6621 atau menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-13317363.

Bagi pertanyaan mengenai urusan bekalan ubat pesakit klinik pakar, mereka boleh menghubungi 084-343333 sambungan 1177 atau WhatsApp di talian 011-65201011.

Beliau berkata bagi bilangan keluarga yang terlibat dalam pengurusan jenazah di rumah mayat Hospital Sibu, ia dihadkan kepada 10 orang sahaja.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan