COVID-19

Alliance Bank tutup cawangan Tawau selepas dua kakitangan positif COVID-19

18/10/2020 08:24 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt  --  Alliance Bank Malaysia Bhd terpaksa menutup cawangan Tawau selepas dua kakitangannya dijangkiti COVID-19.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pekerja itu kini sedang menjalani rawatan perubatan di hospital kerajaan yang dilantik. 

"Pihak bank terpaksa menutup cawangan Tawau dan kawasan e-Lobi pada 16 Okt 2020, dan semua kakitangannya menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan pengesahan bahawa salah seorang pengawal keselamatannya telah diuji positif. 

"Cawangan di Tawau dan e-Lobi bank sedang dibersihkan dan disanitasi," katanya. 

Cawangan tersebut akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan