COVID-19

Pulau Pinang kembali catat kes positif COVID-19, padam status zon hijau

07/08/2020 08:59 PM

GEORGE TOWN, 7 Ogos  -- Selepas 91 hari tidak merekodkan kes positif baharu COVID-19 dan berada dalam kategori zon hijau, Pulau Pinang kembali mencatatkan pertambahan apabila satu kes jangkitan itu dikesan hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri mengambil maklum berhubung kes baharu itu sebagaimana yang diumumkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini.

"Dengan (pertambahan) ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan adalah sebanyak 122 kes sekali gus memadamkan status negeri hijau yang dipegang oleh Pulau Pinang sejak 91 hari lalu.

"Kerajaan negeri memohon agar seluruh rakyat Pulau Pinang kekal bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk amalan 4P iaitu penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, pencucian tangan menggunakan sabun dan perhatikan gejala COVID-19 demi kesihatan serta keselamatan semua pihak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan