COVID-19

COVID-19: Selangor nasihatkan program libatkan penyertaan awam ditangguh

08/03/2020 12:36 PM

SHAH ALAM, 7 Mac  -- Kerajaan Selangor menasihatkan agar program melibatkan penyertaan orang awam ditangguhkan buat sementara waktu susulan gelombang kedua COVID-19 yang berlaku ketika ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri telah membatalkan satu acara maraton pagi ini melibatkan kira-kira 8,000 peserta serta beberapa program lain sebagai langkah mencegah jangkitan virus COVID-19.

Beliau berkata pihaknya juga akan berjumpa dengan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara itu.

“Mungkin Rabu ini selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)  kita akan umumkan langkah-langkah seterusnya atau jika perlu pada Isnin atau Selasa ini saya akan buat pengumuman mengenai program yang melibatkan penyertaan awam," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Hasil Suri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan