COVID-19

Kelantan akan adakan solat hajat elak COVID-19 - MB

07/03/2020 12:05 PM

KOTA BHARU, 7 Mac  -- Kerajaan Kelantan akan mengadakan solat sunat hajat peringkat negeri dalam masa terdekat dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata beliau mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad, pagi tadi.

"(Pada masa yang sama) saya berharap semua pihak khususnya Jabatan Kesihatan Kelantan bekerja keras untuk menangani masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2020 di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan penambahan 28 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus itu di Malaysia sebanyak 83 kes.

Sementara itu, Ahmad menyambut baik pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

"Tan Sri Idrus merupakan orang yang berpengalaman dalam aspek perundangan,” katanya.

-- BERNAMA    

 COVID-19, Kelantan, solat hajat,  Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan, Peguam Negara


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan