KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Maxis menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta menerusi pelbagai promosi peranti mudah alih dan kediaman buat para pelanggannya, sempena musim bola sepak.
Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis Loh Keh Jiat berkata kempen itu yang bermula 18 Mei hingga 19 Julai depan, mencerminkan usaha syarikat telekomunikasi itu dalam memberikan nilai tambah serta penghargaan kepada pelanggan mereka.
“Kami teruja untuk membawa kemeriahan musim bola sepak ini terus kepada pelanggan. Dengan hanya mendapatkan pelan atau peranti yang mereka perlukan, pelanggan secara automatik akan berpeluang memenangi hadiah menarik pada setiap minggu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu pelanggan akan menerima satu penyertaan automatik dalam cabutan mingguan, apabila melanggan mana-mana perkhidmatan baharu pelan pascabayar atau Internet rumah, membeli peranti baharu melalui perkhidmatan baharu atau sedia ada atau menaik taraf pelan pascabayar atau Internet rumah.
Maxis memaklumkan pelanggan perlu mempunyai akaun berdaftar di aplikasinya, serta mengekalkan akaun yang aktif tanpa sebarang tunggakan bayaran bagi melayakkan mereka menyertai cabutan itu.
“Hadiah akan diberikan setiap minggu sepanjang tempoh kempen. Penyertaan yang dibuat dalam mana-mana minggu berkenaan akan layak untuk cabutan minggu tersebut, sekali gus memberi peserta lebih banyak peluang untuk menang sepanjang tempoh kempen dua bulan ini,” menurut kenyataan itu.
Antara tawaran eksklusif termasuklah TV Samsung UHD 55 inci percuma (bernilai RM2,899) dengan pembelian Samsung Galaxy S26 Ultra, Telefon pintar 5G percuma (bernilai hingga RM4,099) dari Samsung, OPPO, vivo atau HONOR apabila melanggan Maxis Postpaid dan Soundbar percuma (bernilai RM649) apabila melanggan Maxis Home Fibre bersama TV Samsung.
Menerusi kempen itu juga, pelanggan baharu dan sedia ada Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre dan Maxis Home WiFi, berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM1 juta menerusi cabutan mingguan.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah 50 unit telefon pintar Samsung Galaxy S26 Ultra (512GB) bernilai RM6,799 setiap satu, 100 unit TV Pintar Samsung UHD 65 inci bernilai RM3,899 setiap satu dan 1,000 baucar tunai Al-Ikhsan bernilai RM350 setiap satu.
Orang ramai boleh melayari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/win-with-maxis/ atau semak aplikasi Maxis untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial