Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kanak-kanak Empat Tahun Lemas Di Kolam Resort Port Dickson

05/06/2026 10:09 PM

PORT DICKSON, 5 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas ditemukan lemas di kolam renang sebuah resort hotel di Jalan Pantai, Batu 4, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata pihaknya menerima aduan daripada Hospital Port Dickson pada 7.26 malam, berhubung kejadian itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, ketika mangsa bersama tiga adik-beradiknya turun mandi di kolam renang resort berkenaan ditemani ibu mereka.

Ad Banner
Ad Banner

“Keluarga ini datang dari Johor ke Port Dickson dan menginap selama dua hari satu malam di sebuah apartmen persendirian, di resort hotel berkenaan.

“Mangsa disedari terjatuh ke dalam kolam oleh abangnya sebelum diselamatkan orang awam dan dibawa ke hospital oleh ibunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Mangsa disahkan meninggal dunia pada 10.31 malam pada hari yang sama dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat lemas.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan