Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

ICU JPM Jamin Peruntukan Terus Disalur Demi Kebajikan Rakyat

04/06/2026 09:40 PM

PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) memberikan jaminan bahawa segala bentuk peruntukan kepada rakyat akan terus disalurkan dan dikendalikan secara langsung bagi memastikan kebajikan mereka tidak terjejas.

ICU JPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum isu yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen baru-baru ini berhubung capaian peruntukan di bawah sistem MyKhas.

“Sehubungan dengan itu, ICU JPM ingin menegaskan bahawa segala bentuk peruntukan kepada rakyat akan tetap disalurkan dan dikendalikan secara langsung demi memastikan keperluan dan kebajikan mereka dapat diteruskan tanpa sebarang masalah,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner

Agensi penyelaras berkenaan turut memaklumkan peranannya akan terus dijalankan dengan penuh tertib bagi memastikan pelaksanaan program dan inisiatif kerajaan berjalan dengan lancar, tersusun serta memberikan manfaat kepada masyarakat.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung mendakwa pejabat mereka tidak dapat mengakses sistem MyKhas, sekali gus menjejaskan urusan permohonan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi kawasan masing-masing.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan